Date: February 21, 2023/ Rejab 30, 1444H (Tuesday) 

Venue: Bangunan Persekutuan Kemaman, Chukai, Terengganu

Time: 8.30 am to 1.00 pm

YBhg. Brig. Jen. Dato Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya telah merasmikan Sistem Mechanical Ventilation & Air – Conditioning (MVAC), yang juga dikenali sebagai Automation Energy Monitoring System of Air – Conditioning & Mechanical Ventilation (AEMS-ACMV) dengan di hadiri oleh lebih 50 orang jemputan khas yang juga terdiri daripada delegasi Bahagian Pengurusan Fasiliti dan Bahagian Pengurusan Hartanah, Kementerian Kerja Raya. Turut hadir bersama di majlis perasmian ini ialah YBrs. Prof. Dr. Nafarizal bin Nayan, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang juga mewakili Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan ketua – ketua jabatan di Bangunan Persekutuan Kemaman, Terengganu.

Majlis di mulakan dengan jamuan sarapan pagi dan perjalanan masuk ke pejabat bahagian pengurusan fasiliti dimana perkongsian maklumat dan sesi taklimat berkenaan dengan susun atur penggunaan sistem MVAC oleh Pengurus Projek serta diteruskan dengan majlis perasmian yang diadakan di lobi Bangunan Persekutuan Kemaman, Terengganu. YBhg. Brig. Jen. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Haji Wan Sulaiman telah merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Building Lindungan Sdn Bhd dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di atas kerjasama dalam membangunkan sistem MVAC dengan jayanya selari dengan saranan kerajaan, terutama di era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).