Tarikh: 19 Mei 2023 Bersamaan 28 Syawal 1444H

Tempat: Wisma Persekutuan Kuantan, Pahang

Masa: 9 Pagi Sehingga 12 Tengah Hari

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 peringkat Wisma Persekutuan Kuantan telah berlangsung pada 19 Mei 2023 bersamaan 28 Syawal 1444H dengan suasana yang meriah. Warga Jabatan yang terdiri daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Pahang (JANM Pahang), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pahang (JPPM Pahang), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP Pahang) serta lain-lain jabatan turut menghadiri majlis bagi meriahkan Sambutan Hari Raya.

Kemeriahan Syawal yang dirai pada kali ini diserikan lagi dengan mengenakan pakaian tradisional. Selain itu, pelbagai juadah makanan yang menghidangkan lauk Aidilfitri seperti lemang, rendang ayam, satay, ketupat palas dan lain-lain juadah juga disediakan oleh warga Jabatan dan juga Pejabat Pengurusan Fasilifiti (Building Lindungan Sdn Bhd) sempena memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan hidangan tradisi yang istimewa.

Majlis hari raya kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran ketua-ketua bagi setiap jabatan. Turut hadir, delegasi dari Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri, YBrs Megat Harris Shah bin Zahari, Ketua Penolong Setiausaha (BK) Seksyen Pengurusan Bangunan Kerajaan, YBrs Hairul Anuar bin Abd Rahim, Ketua Penolong Setiausaha (IR) Seksyen Pengurusan Rumah Peranginan serta YBrs Mohd Ajmi bin Osman, Penolong Setiausaha (BK) 1, Unit Pengurusan Bangunan. Turut hadir bersama, Ketua Pegawai Operasi, Building Lindungan Sdn Bhd, Hanafi bin Ahmad dan warga kerja Wisma Persekutuan Kuantan, Pahang.